loader image

KEM RELAKSASI SPM 2022 SMK SULTAN AHMAD, PEKAN, PAHANG DI PUSAT PENYELIDIKAN TASIK CHINI

KEM RELAKSASI SPM 2022 SMK SULTAN AHMAD, PEKAN, PAHANG DI PUSAT PENYELIDIKAN TASIK CHINI
 
 
 
Pada 6-7 Disember 2022 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Kem Relaksasi SPM 2022 anjuran SMK SULTAN AHMAD, PEKAN di Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM.
 
Kem ini dihadiri oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 bagi tujuan relaks dan santai serta meningkatkan motivasi diri setelah habis menghadapi Ujian Lisan/Bertutur.
 
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang dua hari ini adalah sesi taklimat kerjaya daripada pegawai-pegawai Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM dan Pegawai daripada Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Slot Santai Bersama anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, Riadah Permainan, Solat Berjemaah dan Tazkirah, BBQ bersama guru dan Aktiviti Kebudayaan, Berkayak serta menelusuri denai penyelidikan PPTC.
 
Majlis penutupan bagi Kem Relaksasi SPM 2022 ini telah disempurnakan oleh Tuan PPD PEKAN, Yang Berbahagia Tuan Haji Razali Bin Mustafar.
 
Pihak Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian guru-guru SMK SULTAN AHMAD, PEKAN membawa pelajar-pelajar tingkatan 5 untuk berehat dan mengumpul semangat dan motivasi bagi menghadapi peperiksaan SPM pada tahun hadapan.
Diharap kejayaan sentiasa mengiringi pelajar-pelajar SMK SULTAN AHMAD, PEKAN.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my  

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM