loader image

Kursus Pengukuhan Pasukan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Sesi 2022/2024 Dan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil.2/2023

Pada 12-13 Julai 2023 yang lepas Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM telah menerima lawatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang untuk Kursus Pengukuhan Pasukan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Sesi 2022/2024 Dan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil.2/2023.
 
Antara aktiviti yang sempat dilakukan selama 2 hari ini adalah melawat denai penyelidikan Pusat Penyelidikan Tasik Chini sambil “healing” dan menimba pengetahuan mengenai kepentingan untuk memelihara dan memulihara hutan di Tasik Chini. Pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang juga berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke 2 buah kampung Orang Asli, Kg Cendahan dan Kg Tanjung Puput.
 
Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Timbalan-timbalan Pengarah Kesihatan Negeri dan pasukan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang sudi meluangkan masa selama 2 hari ke kompleks penyelidikan kami. Ribuan terima kasih juga kepada pasukan Bomba dan Penyelamat Pekan dan Peramu Jaya dan Dr Nizam MO IC Klinik Kesihatan Chini, yang sudi mengiring dan memastikan keselamatan semua peserta.
 
Terima kasih sekali lagi kami ucapkan dan semoga kita berjumpa lagi.
 
#ukm
#UKMSharing
#UniversitiWatanKita
#alafukm
#pptc
#pptcukm
#jkn
#jknpahang
#tourismmalaysia
#promosiedupelancongan
#promosi
Skip to content