loader image

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KONSERVASI TERATAI SECARA LESTARI DI TASIK CHINI BAGI KESINAMBUNGAN RIZAB BIOSFERA OLEH PIHAK ECERDC DAN FRIM KEPADA PPTC, ALAF-UKM

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KONSERVASI TERATAI SECARA LESTARI DI TASIK CHINI BAGI KESINAMBUNGAN RIZAB BIOSFERA OLEH PIHAK ECERDC DAN FRIM KEPADA PPTC, ALAF-UKM
 
Majlis penyerahan projek ini telah berlangsung di PPTC pada hari Selasa 1 Ogos 2023 yang dihadiri oleh wakil pengurusan pihak East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) (YBhg. Dato’ Mazlan Sharuddin , Pengurus Besar ECERDC Pahang dan Cik Salida Azizi, Pemangku Pengurus Besar, Perancangan Strategik Korporat ECERDC), FRIM (Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad, Pengarah, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM) serta ALAF – UKM (Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat, Pengarah ALAF-UKM).
 
🌱 Apa itu Projek Konservasi Teratai?
Projek ini adalah sumbangan dana dari pihak ECERDC kepada FRIM dan berkerjasama dengan PPTC ALAF-UKM untuk membina 9 kolam semaian dan 50 unit flotilla (Floating Lotus) di Tasik Chini bertujuan pemulihan populasi teratai dan seterusnya memelihara ikon teratai di Tasik Chini. Projek ini bertujuan untuk menyelidik dan melaksanakan langkah-langkah pintar untuk memastikan tumbuhan teratai dan ekosistemnya terpelihara untuk generasi akan datang.

Gerak kerja projek ini telah dimulakan pada awal tahun 2022 dimana ianya dimulai dengan Bengkel Konservasi Teratai di Tasik Chini Sebagai Kesinambungan Rizab Biosfera Alam pada 14 Mac 2022. Bengkel ini disertai oleh pengusaha homestay disekitar Felda Chini, pemandu bot pelancong dan komuniti penduduk di sekitar Felda Chini, Kampung Salong, dan penduduk Orang Asli Kampung Melai.

Projek ini diteruskan lagi dengan Bengkel Penanaman Teratai Bagi Konservasi Rizab Biosfera Alam Tasik Chini pada 27-28 Julai 2022. Seramai 30 peserta daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang, Tourism Pahang, Pejabat Perikanan Daerah Pekan dan komuniti setempat menyertai bengkel ini. 

 
💡 Hasil daripada Projek Konservasi Teratai
• Kenaikan paras air semasa banjir menjadi punca utama yang mengancam populasi teratai di Tasik Chini namun hasil daripada inovasi projek ini kita dapat menikmati keindahan Teratai sepanjang tahun tanpa perlu risau lagi dengan keadaan banjir di Tasik Chini.
• Mengambil bahagian dalam penyelidikan saintifik dan pemantauan ekosistem Tasik Chini.
• Terlibat dalam aktiviti pendidikan dan kesedaran untuk membentuk generasi prihatin terhadap alam sekitar.
• Menyumbang kepada kesejahteraan dan masa depan Rizab Biosfera Tasik Chini.
 
🤝 Kejayaan
Projek ‘Floating Lotus’ ini telah memenangi Pingat emas di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2023 oleh pihak FRIM.
 
🌍 Mari Sertai Kami
Kami akan mengadakan program CSR untuk kempen melestarikan semula teratai di Tasik Chini. Kami mengalu-alukan pihak yang berminat untuk menyumbang atau menyertai program CSR ini dan boleh berhubung terus dengan Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM melalui saluran berikut:
☎️: 09-4560105
📧: pptc@ukm.edu.my
 
Mari bergabung bersama kami dalam usaha memulihara alam Malaysia dan melindungi keindahan teratai di Tasik Chini! 🌸🏞
 
#TerataiTasikChini #KonservasiTasikChini #LestariUntukMalaysia #KelestarianAlam #BiosferaMalaysia #ECERDC #FRIM #CintaiAlam #PemuliharaanAlam #GenerasiHijau #SustainableMalaysia #PPTC #ALAFUKM
Skip to content