Pada 17 Januari 2022 yang lepas telah diadakan Majlis Perasmian bagi Pameran Seni Antarabangsa @ Tasik Chini yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia. Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab bin Mohammad, Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Majlis ini turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Yang Berusaha, Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad dan juga Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Mohd Firdaus Mohd Raih dan juga Ketua Pustakawan UKM, Cik Rohaya Umar.
Antara jemputan lain adalah mewakili karyawan-karyawan Gumumism – Dr Rosli Zakaria, wakil daripada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) – Puan Yusmurni dan Cik Iswani, Ketua Bahagian Penyelidikan Galeri Seni Visual Negara – En. Majidi Amir.
Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran hampir 20 orang karyawan tempatan dan dan antarabangsa yang terlibat secara langsung dengan penghasilan karya-karya yang sedang di pamerkan di Bilik Galeri Kuratorial, Muzium Warisan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pameran yang berlangsung sejak 5 Januari 2022 ini akan tamat pada 31 Januari 2022. Semua di jemput hadir ke Bilik Galeri Kuratorial, Muzium Warisan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menyokong hasil karyawan Gumumism ini. Waktu lawatan adalah seperti berikut:
Isnin – Khamis : 9:00 pagi – 1:00 petang
2:00 petang – 5:00 petang
Jumaat : 9:00 pagi – 12:00 tengahari
3:00 petang – 5:00 petang