loader image

Pengarah ALAF-UKM Rasmi Mesyuarat Agung PIBG SKTC

Pada hari Sabtu (10 Jun 2023) Prof Madya Dr Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Pengarah ALAF – UKM telah diundang untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-18 bagi Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) SK Tasik Chini (JHOEA).

Dalam majlis ini juga, pihak sekolah telah menyampaikan Surat Hasrat Kerjasama diantara kepada Pusat Penyelidikan Tasik Chini, ALAF-UKM. Pihak sekolah mengharapkan dengan kerjasama ini pihak universiti dapat membantu terutamanya dalam pembangunan modal insan (murid dan guru) sekolah ini.

Ini merupakan satu titik tolak bagi jalinan yang lebih kukuh dan peluang bagi warga UKM untuk memberikan khidmat masyarakat kepada komuniti setempat di Tasik Chini.

Terima kasih Dr Aizat kerana kesudian untuk menghadiri jemputan ini. Sekalung penghargaan juga buat pihak sekolah atas jalinan kerjasama.

#ukm
#UKMSharing
#UniversitiWatanKita
#alafukm
#pptc
#pptcukm
#tourismmalaysia
#promosiedupelancongan
#Promosi

Skip to content