loader image

Program Khidmat Masyarakat FSK Bersama Orang Asli menerusi Pusat Kajian Kesihatan Komuniti (Pusat Reach)

Pada 7 – 8 Julai 2023 telah berlangsung Program Khidmat Masyarakat FSK Bersama Orang Asli menerusi Pusat Kajian Kesihatan Komuniti (Pusat Reach) Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Program ini disertai seramai 50 orang yang terdiri daripada pelajar tahun akhir dan juga pensyarah telah menjalankan pemeriksaan mata dan pemeriksaan kesihatan am secara percuma kepada penduduk kampung Orang Asli di Tasik Chini.
 
Selain itu pendidikan awal mengenai kanser payudara juga turut diberikan kepada penduduk kampung Orang Asli.
Penduduk Orang Asli yang mempunyai masalah penglihatan juga telah diberikan cermin mata (reading glass) secara percuma. Bagi yang mempunyai masalah penglihatan yang memerlukan perhatian khas telah diperiksa untuk didapatkan cermin mata yang baru.
 
3 penduduk Orang Asli yang mempunyai masalah penglihatan yang lebih teruk telah dirujuk kepada hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Pihak Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM mewakili komuniti Orang Asli Tasik Chini mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Pusat Reach Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia atas penganjuran program khidmat masyarakat ini.
 
#ukm
#UKMSharing
#UniversitiWatanKita
#alafukm
#pptc
#pptcukm
#tourismmalaysia
#promosiedupelancongan
#promos
Skip to content