loader image

Kempen Moh Makan Secara Sihat SK Tasik Cini

Pada 7 Disember 2021 yang lalu bertempat di Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Kebangsaan Tasik Cini (SKTC), Pekan Pahang, Pusat Penyelidikan Tasik Chini meneruskan Kempen Moh Makan Secara Sihat dengan memberikan penerangan ringkas dari kelas ke kelas mengenai pemakanan sihat dan kurang sihat serta memperkenalkan Pinggan Sihat Malaysia kepada murid-murid sekolah tersebut. 

Kempen Moh Makan Secara Sihat ini di taja oleh Kerry Ingredients (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang. Tujuan utama penganjuran program ini adalah sebagai menyokong dasar SDG negara yang kedua iaitu Zero Hunger dengan mencapai keselamatan makanan dan pemakanan yang lebih baik, dan menggalakkan pertanian mampan.

Program pada hari tersebut merupakan program kedua daripada Kempen Moh Makan Secara Sihat yang telah pihak Pusat Penyelidikan Tasik Chini laksanakan dimana pada program yang sebelumnya telah diadakan penyerahan dulang makanan untuk kegunaan pelajar-pelajar SK Tasik Cini yang mempromosikan makanan sihat dan seimbang.

Diharap pihak-pihak lain dapat bekerjasama dengan Pusat Penyelidikan Tasik Chini untuk meningkatkan lagi kelestarian dan kualiti hidup komuniti di Tasik Chini.

[embed-google-photos-album link="https://photos.app.goo.gl/b4JoRyMwtKaNqy3j7" mode="carousel" mediaitems-cover="true"]
Skip to content