loader image

PROGRAM TEAM BUILDING INBIOSIS

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menjayakan program “Team Building INBIOSIS” pada 7-9 Jun 2024 yang lepas dimana program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan meningkatkan semangat kerjasama antara ahli pasukan melalui pelbagai aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan.

Penghargaan setinggi-tingginya diucapkan kepada pengarah INBIOSIS, Profesor Dr. Syarul Nataqain Baharum, sebagai penaung program atas sokongan padu yang diberikan. Tidak lupa juga kepada pengarah ALAF-UKM, Profesor Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, yang telah menyokong staf PPTC dalam usaha mengendalikan program ini dengan jayanya.

Beberapa matlamat yang berkaitan dengan SDG telah dicapai semasa program pengukuhan pasukan ini termasuklah:

  • SDG 4: Pendidikan Berkualiti: Program ini menyediakan peluang pembelajaran di luar pejabat dengan memperkasa peserta dengan kemahiran insaniah yang penting.
  • SDG 8: Pekerjaan yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi: Dengan meningkatkan semangat dan produktiviti pasukan, program ini menyumbang kepada penciptaan persekitaran kerja yang lebih baik dan menyokong pertumbuhan ekonomi.
  • SDG 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh: Melalui pengukuhan kepercayaan dan kerjasama dalam pasukan, program ini menyumbang kepada pembentukan institusi yang lebih kukuh dan harmoni.

Terima kasih diucapkan kepada pihak INBIOSIS kerana memberi kepercayaan kepada PPTC dalam penganjuran program pengukuhan pasukan ini.

#PPTC #PPTCUKM #ALAFUKM #INBIOSIS #UKM #UniversitiWatanKita #TeamBuilding #SDG #Collaboration #Leadership #Productivity

Skip to content