loader image

SESI LIBAT URUS PENYEDIAAN PEMBANGUNAN PELAN PENGURUSAN TASIK CHINI RIZAB BIOSFERA

Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM telah dijemput untuk turut serta dalam Sesi Libat Urus Penyediaan Pembangunan Pelan Pengurusan Tasik Chini Rizab Biosfera yang berlangsung pada 21 – 23 Jun 2024. Sesi ini bertujuan mengumpul maklumat dan maklum balas berkaitan pengurusan dan hala tuju pembangunan pelancongan di Tasik Chini Rizab Biosfera.
 
Bengkel ini dianjurkan oleh Perbadanan Taman Negeri Pahang dan berlangsung selama 3 hari, dengan Pusat Penyelidikan Tasik Chini menjadi tuan rumah. Seramai 18 agensi kerajaan negeri, komuniti Orang Asal, komuniti setempat, dan pengusaha-pengusaha pelancong turut terlibat dalam bengkel tersebut.
 
Antara yang dibincangkan dalam sesi ini adalah mengenal pasti hotspot pelancongan Tasik Chini serta isu-isu berbangkit di kawasan tersebut. Aktiviti penting lain termasuk lawatan ke perkampungan Orang Asli Kg Tanjung Puput dan Kg Cendahan, serta penanaman pokok sempena Program Konservasi Tasik Chini Rizab Biosfera bersama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
 
Majlis penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh YB Cik Leong Yu Man, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Negeri Pahang.
 
Skip to content