Jabatan Pembangunan Prasarana Kampus KL

 Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGENALAN

Jabatan Pembangunan Prasarana Kampus Kuala Lumpur bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kejuruteraan yang professional, cekap, selamat dan kos efektif. Jabatan juga bertanggungjawab dalam mengurus penyelenggaraan bangunan dan fasiliti serta peralatan perubatan bagi mencapai kualiti yang terbaik serta berperanan mengurus kerja – kerja ubahsuai dan naik taraf serta memberikan khidmat nasihat teknikal di peringkat Kampus Kuala Lumpur.

Jabatan Pembangunan Prasarana Kampus Kuala Lumpur diterajui oleh Encik Mohd Fahmeey Hashim sebagai Ketua Jabatan. Jabatan terbahagi kepada tiga (3) bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Operasi dan Bahagian Pembangunan.