MAJLIS PENYERAHAN PROJEK : UKM-MENAIKTARAF SISTEM PEPASANGAN ELEKTRIK DI PUSAT PERUBATAN UKM (PPUKM) KAMPUS KUALA LUMPUR

 

Majlis Penyerahan Projek : UKM-Menaiktaraf Sistem Pepasangan Elektrik di Pusat Perubatan UKM (PPUKM) Kampus Kuala Lumpur telah diadakan pada 30 April 2024 di Blok Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mursidi bin Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), HCTM bersama YBrs Puan Ir. Hanizan binti Sahffii, Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kerja Raya dan Encik Mohd Fahmeey bin Hashim, Ketua Jabatan, Jabatan Pembangunan Prasarana Kampus Kuala Lumpur Turut hadir ialah Encik Mohd Farif bin Abdul Rahman, Ketua Unit Elektrik, Jabatan Pembangunan Prasarana Kampus Kuala Lumpur.

Skop kerja utama menaik taraf ini melibatkan penggantian keseluruhan Metal Enclosed Switchgear (11 unit) di Stesen Suis Utama (SSU), Penggantian RMU sedia ada kepada Metal Enclosed Switchgear baru di tiga Pencawang Elektrik yang terlibat dan Penggantian Air Circuit Breaker (ACB) di Main Switch Board (MSB) sedia ada.

Projek ini dilaksanakan secara konvensional dalaman dimana JKR Ibu Pejabat Cawangan Elektrik telah terlibat dari peringkat reka bentuk sehingga penyeliaan di tapak. Kontraktor yang dilantik adalah Ikha Ventures Sdn Bhd telah menjalankan kerja-kerja ditapak bermula 25 November 2020 dan berjaya menyiapkan kerja sepenuhnya pada 17 November 2023.

Semoga dengan siapnya projek ini, ianya dapat memberikan manfaat dan keselesaan kepada pelawat dan pengunjung HCTM.