Majlis Perasmian Peralatan Perubatan RMK-12 Hospital Canselor Tuanku Muhriz

Majlis Perasmian Peralatan Perubatan RMK-12 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM telh diadakan pada 30 Oktober 2023 di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Majlis telah disempurnakan oleh wakil Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dalam penyaluran peruntukan RMK-12 bagi meningkatkan fasiliti perawatan kesihatan di HCTM. Dua buah peralatan perubatan tersebut adalah Sistem Angiografi dan Sistem Fluoroskopi yang merupakan peralatan perubatan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan [Artificial Intelligence (AI)] dengan peruntukan bernilai RM9.2 juta. Teknologi AI merupakan teknologi terkini yang dimanfaatkan dalam pelbagai peralatan perubatan seperti Angiografi, Fluoroskopi, Magnetic Resonance Imaging (MRI), X-ray dan sebagainya digunakan untuk proses diagnosis perawatan supaya lebih cepat, efisien dan tepat. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan dalam ucapannya, berterima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi yang sentiasa cakna dan mengambil berat mengenai pembangunan fasiliti secara khususnya di setiap Hospital Pengajar Universiti (HPU) termasuk di HCTM. Beliau berharap dengan adanya peralatan terkini ini HCTM terus menjadi pusat rujukan utama dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada masyarakat dan negara. Hadir dalam majlis perasmian adalah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, Pengarah-pengarah Hospital Pengajar Universiti, Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan dan UKM.

Majlis Perasmian Peralatan Perubatan RMK-12 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM telh diadakan pada 30 Oktober 2023 di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Majlis telah disempurnakan oleh wakil Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dalam penyaluran peruntukan RMK-12 bagi meningkatkan fasiliti perawatan kesihatan di HCTM. Dua buah peralatan perubatan tersebut adalah Sistem Angiografi dan Sistem Fluoroskopi yang merupakan peralatan perubatan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan [Artificial Intelligence (AI)] dengan peruntukan bernilai RM9.2 juta. Teknologi AI merupakan teknologi terkini yang dimanfaatkan dalam pelbagai peralatan perubatan seperti Angiografi, Fluoroskopi, Magnetic Resonance Imaging (MRI), X-ray dan sebagainya digunakan untuk proses diagnosis perawatan supaya lebih cepat, efisien dan tepat.

Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan dalam ucapannya, berterima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi yang sentiasa cakna dan mengambil berat mengenai pembangunan fasiliti secara khususnya di setiap Hospital Pengajar Universiti (HPU) termasuk di HCTM. Beliau berharap dengan adanya peralatan terkini ini HCTM terus menjadi pusat rujukan utama dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada masyarakat dan negara.

Hadir dalam majlis perasmian adalah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, Pengarah-pengarah Hospital Pengajar Universiti, Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan dan UKM.