Program Matematik memberikan pendedahan kepada matematik tulen dan matematik gunaan dari peringkat asas. Matematik tulen membincangkan takrif asal konsep dalam matematik, sejarah dan motivasi, serta pembuktiannya. Pemahaman dari peringkat pertama akan melahirkan apresiasi kepada ilmu matematik dan melatih pelajar untuk berfikir menggunakan mantik. Matematik gunaan pula adalah aplikasi kepada konsep matematik yang dibangunkan melalui matematik tulen. Aplikasi ini digunakan dalam pelbagai bidang dari sains fizikal hinggalah ke bidang ekonomi. Kemahiran untuk berfikir secara sistematik dan mantik yang betul menjadikan pelajar lebih kritikal terhadap informasi, data dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dunia nyata seperti yang berkait dengan sains data dan keselamatan siber. Siswazah dalam matematik berpeluang cerah bekerja dalam sektor industri dan teknologi di samping dalam bidang pendidikan.
Kaedah set kontur, matematik biologi, matematik gunaan dan pengkomputeran (mohdalmie@ukm.edu.my)
Mekanik Bendalir, Kaedah Berangka, Pemodelan Matematik (ishak_h@ukm.edu.my)
Fizik Matematik dan Sistem Kompleks (fatima84@ukm.edu.my)
Pembezaan Geometri, Aliran Geometri, Kumpulan Lie, Persamaan pembezaan separa (msyajoh@ukm.edu.my)
Matematik Pengkomputeran, Sistem Cerdas, Algoritma Pembelajaran Mesin (sakhinah@ukm.edu.my)
Keperluan am:
Keperluan program khusus: