Bengkel Pembangunan Dasar Latihan dan Dasar Mata Pembangunan Profesional Berterusan
Bengkel Pembangunan Dasar Latihan dan Dasar Mata Pembangunan Profesional Berterusan telah diadakan pada 7 Jun 2022.
Pihak Profesional-UKM telah membentangkan deraf Dasar Latihan dan Dasar Mata CPD kepada pihak berkepentingan dan berkaitan dengan pelaksanaan dasar ini. Pihak Profesional-UKM turut merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla, Pendaftar UKM yang sudi meluangkan masa dan menyampaikan hasrat pengurusan tertinggi dalam membangunkan bakat berpotensi UKM.
Profesional-UKM merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dalam bengkel ini. Maklum balas dan cadangan bagi tujuan penambahbaikan dasar akan diteliti serta dikemaskini sebelum pemakaian dan pelaksanaan dasar diperingkat UKM.