Sesi Libat Urus Pembangunan Kompetensi UKM bersama Pentadbir Aras 4 (Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan dan Pro Naib Canselor) telah diadakan pada 20 Jun 2022.
Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada kepada En. Mohd Azli Mohd Kasirun (Bendahari UKM), Cik Rohaya Umar (Ketua Pustakawan UKM) dan Dr. Mustazar Mansur (Timbalan Pengarah Eksekutif Jana@UKM) yang mewakili YBhg. Prof. Dr. Norhamidi Muhamad (Pro Naib Canselor) yang hadir pada sesi ini.
Dalam sesi ini Profesional-UKM telah membentangkan Kerangka Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi, Model Kompetensi Kepimpinan UKM dan Model Kompetensi Generik UKM. Antara perkara yang dibincangkan adalah keberkesanan pembangunan kompetensi ke arah meningkatkan keberhasilan dan hasil universiti serta program pembangunan latihan dan penilaian kompetensi.
Insya Allah segala maklum balas yang diberikan sepanjang sesi libat urus akan diteliti dan diberikan perhatian supaya kompetensi warga UKM dapat ditingkatkan ke arah melahirkan warga UKM berprestasi tinggi.
|