Majlis Apresiasi dan Anugerah Kualiti Profesional-UKM
Majlis Apresiasi dan Anugerah Kualiti Profesional-UKM telah diadakan pada 30 Jun 2022.
Majlis Apresiasi diadakan bagi menghargai staf Pusat Latihan Tanjong Karang yang akan ditempatkan semula ke Pusat Perumahan Pelajar (PPP) mulai 1 Julai 2022. Profesional-UKM merakamkan setinggi penghargaan di atas khidmat cemerlang yang diberikan oleh staf Pusat Latihan Tanjong Karang selama 7 tahun dibawah pengurusan Profesional-UKM. Dengan pengambilalihan ini, maka agenda berkaitan penginapan luar akan lebih tersusun dengan baik dan lebih strategik di peringkat UKM. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Dr. Shazli Ezzat Ghazali, Pengarah PPP dan ahli pengurusan PPP.
Bagi menghargai perkhidmatan dan kecemerlangan warga Profesional-UKM, Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, Pengarah Profesional-UKM turut menyampaikan Anugerah Kualiti untuk penilaian prestasi tahun 2021. Antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Perkhidmatan 20 Tahun, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Keterlibatan Sukan, Anugerah Keterlibatan Digital, Anugerah Inovatif dan Kreatif, Anugerah Berprestasi Cemerlang, Anugerah Proaktif dan Anugerah Keserakanan. Tahniah kepada penerima Anugerah Kualiti Profesional-UKM 2021.
Selamat Maju Jaya kepada staf Pusat Latihan Tanjong Karang. Syabas kepada penerima anugerah, teruskan kecemerlangan demi UKM, Universiti Watan Kita!