Bengkel Pembangunan Kamus Kompetensi Generik (KKG) serta Bengkel Pembangunan Kamus Kompetensi Kepimpinan (KKK) dan Modul Latihan Kepimpinan
Bengkel Pembangunan Kamus Kompetensi Generik (KKG) serta Bengkel Pembangunan Kamus Kompetensi Kepimpinan (KKK) dan Modul Latihan Kepimpinan telah diadakan pada 5 Julai 2022.
Pembangun Kamus Kompetensi yang terdiri daripada Dekan, Pengarah, Timbalan Dekan, Timbalan Pengarah, Pegawai Kanan Pengurusan & Profesional serta Wakil Persatuan PKAUKM dan PERTADI. Terima kasih kepada Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi & Pembangunan Korporat) yang sudi bersama dengan pembangun kamus kompetensi. Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha membangun serta menyerlahkan bakat warga UKM. Kepakaran, pengalaman dan pengetahuan yang dikongsikan sepanjang bengkel ini akan menghasilkan Kamus Kompetensi yang beridentiti UKM.
Antara proses pembinaan Kamus Kompetensi adalah mengenal pasti kluster kompetensi, definisi kompetensi, tahap kompetensi serta petunjuk tingkah laku bagi mengukur tahap kompetensi. Pelaksanaan pengurusan bakat berasaskan kompetensi boleh membawa transformasi dan perubahan dalam organisasi ke arah peningkatan kecemerlangan individu dan organisasi.
Kamus Kompetensi Generik dan Kamus Kompetensi Kepimpinan akan di bawa ke Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Bakat UKM untuk kelulusan sebelum pelaksanaan di peringkat UKM.