Program Jati Diri WATAN UKM 2022

Program Jati Diri WATAN UKM 2022 telah diadakan pada 26 – 28 Ogos 2022 bertempat di Kem Permata Resort, Melaka. Program anjuran Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Profesional-UKM telah disertai oleh Ahli MPU dan 100 orang peserta terdiri daripada pengurusan & profesional dan akademik.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang program antaranya sukaneka, senamrobik, nikmat flora dan fauna serta aktiviti sukan air. Slot kenali naga sakti, pasukan hebat, refleksi antara pengisian program ini. Penampilan khas Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak, Pengerusi LPU UKM bersama peserta dalam slot “Sederap Seiring Sejalan”.

Slot “Semarak Unggun Api, Semarak UKM” yang disampaikan oleh Prof. Gs. Ts. Dato’ Dr. Mohd Ekhwan Toriman, Naib Canselor UKM. Peserta telah diperkenalkan secara dekat ahli MPU UKM serta peranan setiap individu dalam mencapai sasaran utama universiti.

Majlis Ikrar dan Pengiktirafan peserta turut diadakan pada hari terakhir program. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam program Jati Diri WATAN UKM 2022.

UKM ke arah mencapai sasaran 100 universiti terbaik dunia! Terus Mara UKM!