Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Bakat
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Bakat telah diadakan pada 12 September 2022. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohammad Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa).
Fungsi jawatankuasa ini adalah:
- Merangka dan merancang pelan pembangunan bakat di UKM;
- Menetapkan dan memperakukan hala tuju pengurusan bakat bagi meningkatkan kualiti bakat UKM;
- Memperakukan pelan pengurusan bakat untuk dimajukan kepada Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU)
Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa di atas komitmen dan kerjasama dalam memastikan warga UKM sentiasa kompeten dan keterhadapan.