Program “Competency Based Instrument: Behavioural Event Self Assessment” (CBI: BESA) Cohort 2 Series 2
Program “Competency Based Instrument: Behavioural Event Self Assessment” (CBI: BESA) Cohort 2 Series 2 pada 19 – 20 Oktober 2022 bertempat di AKEPT. Program anjuran AKEPT dengan kerjasama UUM ditawarkan kepada graduan Diploma Profesional Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi.
Program pada kali ini bertujuan memberikan kefahaman tentang konsep dan tujuan profil kompetensi dibangunkan serta kaitannya dengan kerangka kompetensi AKEPT. Deskripsi tugas dan analisis kerja adalah penting untuk menentukan keperluan kompetensi individu dalam organisasi. Kaedah STAR digunakan dalam memastikan individu mencapai tahap kompetensi yang diperlukan.
Peserta yang terlibat dalam program ini perlu melengkapkan ke semua modul dan lulus penilaian akhir program sebelum disahkan menjadi panel penilai BESA.