Lawatan Kolaborasi ke Akademi Kenegaraan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan
Lawatan Kolaborasi ke Akademi Kenegaraan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan telah diadakan pada 27 Oktober 2022.
Sesi ini turut membincangkan peluang kerjasama dan kolaborasi dalam penganjuran program kecemerlangan kepimpinan, kenegaraan dan modal insan. Pihak Profesional-UKM telah diberi peluang untuk melihat kemudahan yang terdapat di Akademi Kenegaraan antaranya penginapan, dewan kuliah, dewan makan dan kemudahan sokongan yang lain.
Profesional-UKM merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada En. Nordin Hamdan, Pengurus serta warga kerja Akademi Kenegaraan di atas kesudian menerima kunjungan Profesional-UKM.