Majlis Pelancaran Kompetensi Universiti Kebangsaan Malaysia

Majlis Pelancaran Kompetensi Universiti Kebangsaan Malaysia telah diadakan pada 21 Disember 2022 bertempat di Bilik Senat. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj Toriman, Naib Canselor UKM.

Pelancaran Kompetensi UKM ini merangkumi Dasar Pembangunan Kompetensi UKM, Kerangka Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi, Model dan Kamus Kompetensi Generik UKM serta Model dan Kamus Kompetensi Kepimpinan UKM.

Profesional-UKM merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Naib Canselor UKM, Pengurusan Tertinggi UKM, Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Bakat UKM, Jawatankuasa Kerja Pembangunan Bakat (Akademik), Jawatankuasa Kerja Pembangunan Bakat (Pengurusan & Profesional dan Pelaksana), Jawatankuasa Pembangun dan Penilai Kamus Kompetensi Generik, Jawatankuasa Pembangun dan Penilai Kamus Kompetensi Kepimpinan, Persatuan Kakitangan PKAUKM, PERTADI, KESUKMA, Ketua Skim Perkhidmatan, urusetia Profesional-UKM dan warga UKM yang terlibat dalam menjayakan Kompetensi UKM.

Komitmen yang tinggi dari semua pihak akan menghasilkan warga kerja UKM yang memacu perubahan dalam meningkatkan kompetensi dan memartabatkan budaya kerja cemerlang bertunjangkan Jati Diri UKM.