Bengkel Semakan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF)

Bengkel Semakan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) telah diadakan pada 17 Mei 2023 bertempat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian. Semakan pada kali ini melibatkan skim perkhidmatan L (Pegawai Undang-undang), skim perkhidmatan H (Pemandu Kenderaan), skim perkhidmatan B (Pereka) dan skim perkhidmatan U (Pegawai Perubatan).

Antara skim perkhidmatan yang telah selesai melalui proses semakan pada 18 April 2023 adalah skim perkhidmatan S (Pegawai Psikologi), skim perkhidmatan S (Pustakawan), skim perkhidmatan W (Pegawai Kewangan), skim perkhidmatan W (Juruaudit) dan skim perkhidmatan U (Juruteknologi Makmal Perubatan).

Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada semua Ketua Skim Perkhidmatan dan ahli jawatankuasa yang terlibat dalam proses pembangunan Kamus Kompetensi Fungsian UKM.