Kolaborasi dan kerja lapangan ke Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM

Profesional-UKM telah mengadakan perbincangan kolaborasi dan kerja lapangan ke Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM atau ALAF-UKM pada 19-20 Mei 2023.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin (Pengarah ALAF-UKM), Puan Nor Fauziana Abdul Aziz (Ketua Bahagian Penjanaan & Promosi ALAF-UKM), warga Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) dan warga Pusat Penyelidikan Ekologi Marin (EKOMAR) atas komitmen dan kerjasama yang tinggi sepanjang perbincangan kolaborasi bagi penganjuran program yang melibatkan pensyarah baharu.