Bengkel Penyelarasan Kamus Kepimpinan Kompetensi UMS

Profesional-UKM telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam Bengkel Penyelarasan Kamus Kepimpinan Kompetensi UMS (Skim Akademik) pada 24 Jun 2023 bertempat di Universiti Malaysia Sabah.

Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, Pengarah Profesional-UKM kepada peserta yang terdiri daripada ahli akademik UMS dan pegawai BSM UMS. Semoga ilmu dan pengalaman Profesional-UKM dalam membangunkan “Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi” dapat menjadi panduan kepada UMS. Selamat Maju Jaya kepada semua peserta dan Bahagian Kepimpinan & Pembangunan Bakat (BKEPT), Jabatan Pendaftar, UMS.