SIJIL KOMPETENSI PENGURUSAN PENYELIDIKAN, PENGKOMERSIALAN DAN INOVASI (SK3Pi)

Pelaksanaan program SK3Pi Kohort Pertama telah bermula pada 7 Ogos 2023 secara dalam talian. Modul 1 iaitu Pengenalan Kerangka Pensijilan Kompetensi telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, Pengarah Profesional-UKM. Dalam modul ini, taklimat ringkas pengisian program serta pengetahuan asas tentang kompetensi telah dikongsikan kepada semua peserta.

Turut dijalankan adalah Modul 2 iaitu Penyelidikan Translasi dan Multidisiplin yang telah disampaikan oleh Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal, Pengarah Pusat IDEA UKM bersama-sama Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim, Peneraju Kluster Penyelidikan Pusat IDEA UKM. Dalam modul ini, pendedahan awal kepada penyelidikan translasi serta tips dalam menyediakan kertas kerja penyelidikan translasi dan multidisiplin.

Program SK3Pi telah disertai oleh 33 orang yang terdiri daripada staf akademik, staf pengurusan & profesional serta staf pelaksana dari UKM, UMS, UTM dan UniSZA.

Semoga program ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan penyelidikan yang berimpak, berinovasi serta berpotensi untuk pengkomersialan.