Program Kepimpinan Bakat Karisma (11 – 12 September 2023)

Program Kepimpinan Bakat Karisma berlangsung selama dua hari pada 11 – 12 September 2023. Program ini merupakan program kepimpinan yang merangkumi pemerkasaan, tadbir urus dan kepimpinan dalam membina karakteristik kepimpinan.

Hari pertama program berlangsung, Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, Pengarah Profesional-UKM telah menerangkan Personaliti Pemimpin dan Kompetensi Kepimpinan yang boleh dihubungkaitkan dalam membentuk kelompok bakat berkarisma dan berpengetahuan serta berkemahiran memimpin pelbagai generasi.

Slot Merungkai Persepsi, Mengubah Situasi telah dikendalikan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham menekankan aspek kepimpinan organisasi. Manakala slot Komunikasi Kepimpinan telah dikendalikan oleh YBhg. Prof. Datin Dr. Norizan Abdul Razak yang menekankan aspek komunikasi dalam memperkasakan seorang pemimpin. Peserta dibahagikan kepada kumpulan dan perlu menyelesaikan tugasan berkumpulan. Penceramah turut berkongsi pengalaman dan tips kepada peserta dalam melalui proses pembangunan kepimpinan di universiti.

Hari kedua program Kepimpinan Bakat Karisma dimulakan dengan slot Advokasi Kepimpinan Berintegriti yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Shahrul Mizan Ismail. Peserta telah diberikan pencerahan tentang integriti individu dan organisasi dalam kepimpinan. Aktiviti permainan Kembara Integriti dilaksanakan supaya peserta dapat memahami dengan lebih mendalam konsep integriti iaitu nilai dan etika.
Kemudian slot Kepimpinan di Era Digital telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Rosdiadee Nordin dengan memberikan penekanan kepada kemahiran pendigitalan serta kompetensi yang diperlukan oleh pemimpin masa hadapan.

Slot UKM Universiti Terunggul Dunia dikendalikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat). Peserta telah diterangkan secara jelas ke
perluan memahami serta menjiwai strategi universiti untuk mencapai kecemerlangan dan penarafan dunia.
Di akhir program ini, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan diiringi Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad telah menyampaikan Sijil Kepimpinan Bakat Karisma kepada semua peserta yang terlibat. Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada penceramah atas perkongsian pengalaman dan tips kepada kelompok bakal pemimpin universiti. Setinggi terima kasih kepada peserta atas kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang program ini berlangsung.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua peserta. Anda adalah kelompok bakat kepimpinan universiti.
Anda Hebat, UKM Hebat!