Kursus Imej Keterampilan Profesional

Kursus Imej Keterampilan Profesional telah diadakan pada 18 September 2023 bertempat di Dewan Kuliah 1, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Kursus ini telah disampaikan secara santai dan bersahaja oleh perunding imej iaitu En. Hafiz Mustafa, Pengasas CuteCarry yang dihadiri oleh 120 orang peserta di kalangan warga UKM.

Konsep Imej ABCD yang diperkenalkan mengubah persepi individu dalam penampilan diri serta menambah baik personaliti individu. Pelbagai tips dan perkongsian yang diberikan kepada semua peserta supaya kekal bermotivasi dan bersemangat dalam tugas seharian. Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada penceramah dan peserta yang memberikan komitmen tinggi dan menghiburkan sepanjang kursus ini berlangsung. Tahniah kepada semua, semoga anda tampil bergaya dan bersikap profesional dalam kerjaya dan kehidupan.