SIJIL KOMPETENSI PENGURUSAN PENYELIDIKAN, PENGKOMERSIALAN DAN INOVASI (SK3Pi)

Setelah hampir dua bulan program SK3Pi dilaksanakan secara dalam talian, maka pada 3 – 4 Oktober 2023 buat pertama kalinya kuliah secara bersemuka dijalankan. Modul 7 iaitu Pengurusan Projek telah dikendalikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Abang Annuar Ehsan dan Prof. Madya Dr. Siow Kim Shyong dari Institute of Microengineering & Nanelectronics (IMEN).

Dalam modul ini, peserta diberi pendedahan mengenai pengetahuan asasa tentang pengurusan projek, perancangan projek dan bagaimana penjadualan projek dapat direalisasikan menggunakan perisian penjadualan projek.

Program SK3Pi telah disertai oleh 33 orang yang terdiri daripada staf akademik, staf pengurusan & profesional serta staf pelaksana dari UKM, UMS, UTM dan UniSZA. Program ini bermula Ogos 2023 dan akan berakhir pada November 2023. Selamat Maju Jaya kepada semua peserta.