Program Kepimpinan Bakat Teraju

Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) telah menganjurkan dengan jayanya Program Kepimpinan Bakat Teraju pada 22 Disember 2023 (Hari Jumaat) bertempat di Auditorium Teknologi Multimedia Fusion, Akademi Siber Teknopolis (AST), Bangunan Akademia Siber Teknopolis UKM.

Program Kepimpinan Bakat Teraju Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan program kepimpinan yang merangkumi pemerkasaan, tadbir urus dan kepimpinan dalam membina karakteristik pemimpin. Program ini juga merupakan program pembangunan kompetensi kepimpinan pentadbir universiti.

Program ini bertujuan:

  1. Meningkatkan keupayaan pemimpin dan membina karakteristik kepimpinan pentadbir universiti dan perkongsian pengalaman;
  2. Memberi ruang interaksi antara pemimpin Universiti Kebangsaan Malaysia dengan pemimpin terkemuka agensi luar untuk bertukar idea dan pengalaman dalam membentuk ekosistem Universiti Watan kita.