Forum Profesionalisme Watan UKM

Unit Perkembangan Kerjaya, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Pusat Jaringan Industri & Komuniti (I-KOM), Pusat Pengajaran & Pembangunan Kokurikulum, serta Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) akan menganjurkan Forum Profesionalisme Watan UKM.

Forum ini merupakan medium promosi Program Sangkutan UKM kepada seluruh warga UKM di samping menghebahkan Garis Panduan Program Sangkutan UKM berkuatkuasa 1 Jun 2023 yang telah diluluskan Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) Bil.9/2023 bertarikh 13 Jun 2023. Forum yang bertemakan “Bakat Berprestasi Tinggi, Tonggak Kecemerlangan Universiti Watan UKM” akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut:

  • Tarikh : 2 Februari 2024 (Jumaat)
  • Masa : 8:30 pagi
  • Tempat : Dewan Sheikh Othman Sarawak, Fakulti Pengajian Islam

Kehadiran akan didaftarkan dalam sistem UrusBakat UKM dan peserta akan menerima e-sijil. Minum pagi, makan tengah hari serta hadiah menarik akan disediakan oleh pihak penganjur. Ada juga pameran dari Syarikat AirAsia, PERKESO dan Kabel.
Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi Urus Setia di talian 03-8911 8242 (Encik Muhammad Hakim Bin Mohd Haniff).
Warga UKM adalah dijemput untuk menghadiri program ini.