Lawatan Penanda Arasan ke Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM

Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan UKM (Profesional-UKM) telah melaksanakan Lawatan Penanda Arasan ke Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM dengan diketuai oleh Pengarah Profesional-UKM iaitu PM Dr Mohd Suhaimi Mohamad diikuti oleh Timbalan Pengarah PM Dr Noor Alauddin Abd Wahab beserta kakitangan Profesional-UKM yang lain. Lawatan Penanda Arasan ini turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM iaitu Prof. Madya Dr. Nor Hazana Abdullah. Semoga Lawatan Penanda Arasan ini memberi peluang kerjasama di antara kedua-dua pihak di masa akan datang.