Lawatan Penanda Arasan ke Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan UTM

Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan UKM (Profesional-UKM) telah melaksanakan Lawatan Penanda Arasan ke Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan UTM dengan diketuai oleh Pengarah Profesional-UKM iaitu PM Dr Mohd Suhaimi Mohamad diikuti oleh Timbalan Pengarah PM Dr Noor Alauddin Abd Wahab beserta kakitangan Profesional-UKM yang lain.

Lawatan Penanda Arasan ini turut dihadiri oleh Encik Abdul Jalil Maulani iaitu Timbalan Pendaftar Kanan
Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan UTM serta Timbalan Pendaftar, Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan UTM iaitu Dr Dina Azleema Mohamed Nor. Semoga Lawatan Penanda Arasan ini memberi peluang kerjasama di antara kedua-dua pihak di masa akan datang dengan wujudnya perkongsian ilmu pada hari ini.