Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) telah diluluskan penubuhannya sebagai PTj dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil.7/2014. Pada 1 Mac 2022 ia telah distrukturkan semula agar bersesuaian dengan keperluan Universiti melaksanakan fungsi Pengurusan Bakat berasaskan kompetensi dari aspek penilaian pembangunan dan pengurusan latihan kompetensi secara generik, fungsian dan kepimpinan.