Bengkel Pembangunan Kompetensi Kepimpinan UKM
Bengkel Pembangunan Kompetensi Kepimpinan UKM telah diadakan pada 13 Jun 2022 bersama para pentadbir yang terdiri daripada Dekan, Pengarah, Pegawai Kanan Universiti dan Wakil Persatuan PKAUKM & PERTADI.
Pihak Profesional-UKM telah membentangkan Model Pembangunan Kompetensi Kepimpinan UKM yang terdiri daripada 5 kluster serta 15 kompetensi kepimpinan. Peserta bengkel yang terdiri daripada pentadbir yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang kepakaran dan kepimpinan telah berjaya menyiapkan draf Kamus Kompetensi Kepimpinan UKM.
Pihak Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dalam bengkel kali ini. Semoga usaha ini dapat membantu membangunkan bakat kepimpinan berpotensi tinggi serta melahirkan pemimpin berwawasan di Universiti Watan.