Program “Competency Based Instrument: Behavioural Event Self Assessment” (CBI: BESA) Cohort 2 Series 3
Program “Competency Based Instrument: Behavioural Event Self Assessment” (CBI: BESA) Cohort 2 Series 3 pada 24 – 27 Januari 2023 bertempat di EDC, Universiti Utara Malaysia. Program anjuran AKEPT dengan kerjasama UUM ditawarkan kepada graduan Diploma Profesional Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi.
Program pada kali ini bertujuan memberikan kefahaman pembangunan instrumen dan pengukuran BESA yang sah serta boleh dipercayai. Peserta diberikan penjelasan berkaitan kepentingan pengukuran kompetensi serta kaedah dan alatan dalam pengukuran kompetensi. Pengukuran kompetensi adalah satu proses bagi melihat tahap kemahiran individu dan potensi kecekapan yang boleh diperolehi atau ditingkatkan. Sekiranya pengukuran kompetensi tidak dilaksanakan maka risiko kehilangan peluang pembangunan bakat serta proses perekrutan yang kurang efektif.
Peserta yang terlibat dalam program ini perlu melengkapkan ke semua modul dan lulus penilaian akhir program sebelum disahkan menjadi panel penilai BESA.