Perbincangan Penulisan Profil Kepimpinan Pentadbir UKM

Perbincangan Penulisan Profil Kepimpinan Pentadbir UKM telah diadakan pada 1 Februari 2023. Penulisan Profil Kepimpinan Pentadbir UKM ini merupakan hasil daripada gabungan penulisan peserta bagi program Pembayangan Pemimpin yang dilaksanakan pada tahun 2022. Program Pembayangan Pemimpin tahun 2022 melibatkan seramai 62 orang peserta terdiri daripada Pensyarah Baharu gred 51/53 dan seramai 39 orang pemimpin yang terdiri daripada Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Pro Naib Canselor, Dekan dan Pengarah.

Insya Allah pihak Profesional-UKM bersama kumpulan editor sedang membuat semakan dan proses mengemaskini dokumen sebelum diterbitkan. Setinggi terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh peserta program pembayang, pemimpin sebagai mentor serta kumpulan editor yang terlibat dalam penulisan Profil Kepimpinan Pentadbir Universiti.