Pemprofilan Staf melalui Kamus Kompetensi
Profesional-UKM telah dijemput untuk membentangkan topik berkaitan “Pemprofilan Staf melalui Kamus Kompetensi” dalam Bengkel Perancangan Strategik & Hala Tuju FSK 2023 pada 9 Februari 2023 bertempat di Palm Garden Hotel Putrajaya.
Profesional-UKM telah diwakili oleh Prof. Madya Dr. Noor Alaudin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah (Penilaian & Pemprofilan) telah membentangkan perkara berkaitan pengurusan bakat berasaskan kompetensi serta pembangunan kamus dan model kompetensi sehingga kaedah penilaian dan pemprofilan kompetensi.
Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada Prof. Dr. Suzana Shahar, Dekan Fakulti Sains Kesihatan serta pihak pengurusan FSK yang telah mengundang Profesional-UKM. Tahniah dan syabas kepada FSK yang menjadi fakulti pertama mengambil langkah proaktif untuk memahami kompetensi bagi memastikan warga kerja FSK kompeten dan pemerkasaan bakat dapat dilaksanakan.