Kursus Penulisan Penerbitan Profil Tokoh

Kursus Penulisan Penerbitan Profil Tokoh telah diadakan pada 11 Mei 2023 bertempat di Auditorium Fakulti Undang-undang melibatkan seramai 83 orang peserta dari Program Pembayangan Pemimpin Tahun 2023.

Kursus ini merupakan kursus persediaan kepada peserta Program Pembayangan Pemimpin bagi melaksanakan tugasan berkumpulan berkaitan dengan penulisan dan penerbitan Profil Tokoh. Antara pengisian kursus ini adalah Profil Kepimpinan Universiti WATAN, Tema & Gaya Penulisan, Teknik Temubual dalam Menyantuni Pemimpin, Etika & Komunikasi Media serta Kemahiran Pencarian Maklumat.
Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada semua penceramah dan peserta di atas kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang program ini dilaksanakan.