Sesi Perkongsiaan dan Kunjungan Hormat Profesional-UKM ke Institute Borneo Studies (IBS), University College Sabah Foundation (UCSF)

Sesi Perkongsiaan dan Kunjungan Hormat Profesional-UKM ke Institute Borneo Studies (IBS), University College Sabah Foundation (UCSF) telah diadakan pada 8 September 2023. Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, Pengarah Profesional-UKM telah berkongsi mengenai “Mengurus Bakat Berasaskan Kompetensi: Amalan Terbaik UKM” kepada pihak pengurusan, pensyarah dan pegawai di UCSF.

Turut menyantuni kunjungan Profesional-UKM adalah Naib Canselor UCSF, Dr. Rafiq Idris bersama Pengarah IBS, Prof. Dr. Junaenah Sulehan serta Dekan Faculty of Development and Multiculture Studies, Dr. Gusni Saat. Turut hadir bersama beberapa ketua unit di UCSF.

Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada pihak UCSF khususnya IBS atas komitmen dan kerjasama terbaik yang diberikan. Semoga dengan perkongsian ini, jaringan kolaborasi program antara Profesional-UKM dan UCSF dapat dilaksanakan.