AKEPT Competency Excellence (ACE)

Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) menerusi projek Kecemerlangan Kompetensi AKEPT atau AKEPT Competency Excellence (ACE) yang diselaraskan di bawah Bahagian Pengurusan dan Kecemerlangan Bakat, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah melaksanakan Bengkel Pembangunan Indikator Kecemerlangan Pentadbir Universiti pada 3 – 4 November 2022 yang bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Tujuan bengkel diadakan untuk mendapatkan input dan maklum balas serta membuat pemetaan bersama bagi penyediaan indikator kecemerlangan khusus buat kumpulan pentadbir. Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada UKM untuk terlibat bersama dalam projek ACE.