Audit Pengawasan Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) MS ISO9001:2015 UKM

Audit Pengawasan Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) MS ISO9001:2015 UKM oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd telah dilaksanakan pada 19 Mei 2022 (Khamis) secara dalam talian.

Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada Puan Maznah Mat Isa, Auditor SIRIM yang telah memberikan maklum balas kepada Profesional-UKM. Antara perkara yang dilihat pada sesi audit ini ialah pelan risiko, daftar peluang, kepatuhan pelaksanaan prosedur kerja ptj dan hala tuju Profesional-UKM dalam memperkasakan pengurusan bakat berasaskan kompetensi.

Jutaan terima kasih atas kerjasama dan komitmen tinggi warga Profesional-UKM sepanjang audit dilaksanakan.