Lawatan Penanda Aras Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Sesi Lawatan Penanda Aras Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) pada 22 Disember 2022. Delegasi UMP diketuai oleh En. Mohd Raizalhilmy Mohd Rais.

Profesional-UKM telah berkongsi berkaitan tadbir urus pembangunan bakat UKM serta program pembangunan bakat seperti latihan kompetensi dan kepimpinan UKM. Turut dibincangkan beberapa kerjasama strategik dalam pengurusan bakat kedua pihak.

Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih dan selamat maju jaya kepada Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, UMP.