Bengkel myPortfolio dan Dokumentasi SPK PPP Profesional-UKM
Bengkel myPortfolio dan Dokumentasi SPK PPP Profesional-UKM telah diadakan pada 11 Ogos 2022.
Profesional-UKM merakamkan terima kasih kepada En. Norhishah Elias, Ketua Pentadbiran Pusat Jaminan Kualiti di atas penerangan dan perkongsian ilmu dalam membangunkan myPortfolio warga Profesional-UKM. Bengkel ini turut membincangkan juga keperluan Prosedur Teras Perkhidmatan dan Arahan Kerja yang akan dibangunkan dalam penggabungan pensijilan SPK PPP.