Bengkel Pembangunan Kamus Kompetensi Generik UKM
Bengkel Pembangunan Kamus Kompetensi Generik UKM telah diadakan pada 18 April 2022.
Profesional-UKM merakamkan terima kasih kepada Felo Bersekutu iaitu Prof. Madya Dr. Mohd. Izwan Mahmud di atas kesudian berkongsi kepakaran dalam membangunkan Kamus Kompetensi UKM.
Alhamdulillah pihak Profesional-UKM telah selesai membangunkan Kamus Kompetensi Generik UKM dan akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kerja Pembangunan Bakat (Akademik) dan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Bakat (Pengurusan & Profesional dan Pelaksana) sebelum diangkat ke Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Bakat UKM.
Kamus Kompetensi Generik UKM dibangunkan dengan bersandarkan kepada Nilai TERAS, Kebitaraan dan Jati Diri UKM. Program pembangunan latihan yang dirangka akan membantu merapatkan jurang kompetensi warga UKM. Warga kerja yang kompeten dan berprestasi tinggi dapat meningkatkan keupayaan universiti untuk mengorak langkah ke hadapan.