Bengkel Pembangunan Modul Sijil Kompetensi Kepimpinan Mahasiswa UKM
Bengkel Pembangunan Modul Sijil Kompetensi Kepimpinan Mahasiswa UKM telah diadakan pada 24 Mac 2023 betempat di Sanggar Inspirasi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Bengkel ini bertujuan membangunkan modul bagi Sijil Kompetensi Kepimpinan Mahasiswa UKM.
Program ini merupakan inisiatif awal dalam memperkasa kompetensi kepimpinan pelajar bagi membangun bakat kepimpinan pelajar yang berjiwa WATAN. Melalui program ini, pengukuran tahap kompetensi kepimpinan pelajar dilaksanakan dan jurang kompetensi kepimpinan dapat dikenal pasti maka penambahbaikan boleh dilaksanakan dalam membangunkan bakat kepimpinan pelajar secara holistik.
Sijil Kompetensi Kepimpinan Mahasiswa UKM merupakan program kolaborasi antara Profesional-UKM, HEP-UKM dan Majlis Perwakilan Pelajar UKM.
Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada PTJ yang terlibat dalam membangunkan modul program ini. Terima kasih juga kepada Majlis Perwakilan Pelajar UKM yang turut hadir bersama terlibat secara aktif dalam memberikan maklum balas sepanjang proses pembangunan modul sijil ini.
Jutaan terima kasih kepada Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman (Pengarah HEP-UKM), Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad (Pengarah Profesional-UKM), Prof. Madya Dr. Shazli Ezzat Ghazali (Pengarah PKK), Prof. Madya Dr. Wan Mohd Hirwani Wan Hussain (Pengarah INOVASI), Prof. Madya Dr. Mohd Nor Shahizan Ali (Pengetua KUO), Prof. Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin (Ketua Unit Integriti & Ombudsman), Prof. Madya Dr. Tanot Anak Ujah (Timbalan Pengarah UKM Global), Dr. Shahrul Nazmi Sannusi (Pengetua KDO), Prof. Madya Dr. Noor Alaudin Abdul Wahab (Timbalan Pengarah Profesional-UKM), Dr. Darman Nordin (Timbalan Pengetua KPZ), Dr. Ahmad Firdhaus Arham (Timbalan Pengarah HEP-UKM), Dr. Nurwina Akmal Anuar (Timbalan Pengarah HEP-UKM), En. Rajan a/l Munusamy (Ketua Pentadbiran Unit Integriti & Ombudsman), En. Tan Yao Xiong (Pegawai Psikologi HEP-UKM), Pn. Nurul Nadia Rosli (Pegawai Psikologi HEP-UKM), Cik Nur Fairuz Mat Yasin (Pegawai Penyelidik Sosial INOVASI), Saudara Badrul Alif Naqiuddin Badrul Zaman (YDP MPP), Saudari Yang Rasyidah Hanis Lokman (MPP), Saudara Zulhafiz Haqimi Mohd Salim (MPP), Saudara Ahmad Hilal Nor Hesham (MPP) dan urusetia Profesional-UKM yang terlibat dalam bengkel ini.