Bengkel Pembangunan Modul Sijil Kompetensi Pengurusan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan.
Bengkel Pembangunan Modul bagi Sijil Kompetensi telah diadakan pada 8 Mac 2023 bertempat di Sanggar Inspirasi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Bengkel ini bertujuan membangunkan modul khas bagi Sijil Kompetensi Pengurusan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan.
Penawaran Sijil Kompetensi ini akan memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada para penyelidik serta ahli akademik mengenai kepentingan pengurusan projek sehingga ke peringkat pengkomersilan produk. Ia juga merupakan latihan bersasar dalam konteks penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan.
Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada PTJ yang terlibat dalam siri pertama ini. Insya Allah dalam siri kedua, pihak Profesional-UKM akan mengundang beberapa PTJ lagi bagi melengkapkan modul Sijil Kompetensi ini.
Jutaan terima kasih kepada Prof. Dr. Che Hassan Che Haron (IDEA UKM), Prof. Dr Sawal Hamid Md Ali (INOVASI), Prof. Madya Ir. Dr. Abang Annuar Ehsan (IMEN), Puan Roslina Rosli (CRIM), En. Rajan Munusamy (Unit Integriti & Ombudsman), Pn. Nurmaziah Omar (INOVASI), En. Mohamad Mustaqim Rosli (INOVASI) dan urusetia Profesional-UKM yang terlibat dalam bengkel siri pertama ini.