Bengkel Pembangunan Pelan Latihan Profesional Bersekutu pada 26 – 27 September 2023
Profesional-UKM telah diundang oleh Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (BSKB), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengendalikan Bengkel Pembangunan Pelan Latihan Profesional Bersekutu pada 26 – 27 September 2023 bertempat di MARDI, Selangor.
Bengkel dihadiri seramai 30 orang peserta yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad selaku penceramah dan dibantu fasilitator iaitu Puan Siti Nora Mhd Isa yang telah menerangkan secara terperinci pembangunan bakat dan kompetensi.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat kerana telah diberikan pendedahan dan pengetahuan dalam pembangunan kamus kompetensi fungsian. Semoga pihak BSKB, KKM mendapat manfaat dan berjaya membangunkan kamus kompetensi fungsian bagi profesion masing-masing. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada BSKB, KKM atas peluang dan ruang diberikan kepada Profesional-UKM. Jumpa lagi di bengkel yang akan datang!