Bengkel Pembangunan Pelan Penggantian Pentadbir Institut
Bengkel Pembangunan Pelan Penggantian Pentadbir Institut telah diadakan pada 8 Februari 2023 bertempat di Bilik Majlis, Bangunan Canselori.
Sesi Taklimat Pelan Penggantian telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, Pengarah Profesional-UKM. Dalam sesi ini, Profesional-UKM telah memberikan penerangan berkaitan pengurusan bakat, jenis pelan penggantian, proses pembangunan pelan penggantian dan pengekalan bakat serta kerangka pelan penggantian bagi pentadbir di Institut. Pelan Penggantian/Pelan Pengekalan Bakat adalah suatu kaedah sistematik dalam mengenal pasti, menilai dan membangunkan keupayaan bakat bagi memenuhi keperluan universiti masa kini dan masa hadapan.
Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada barisan Pengarah Institut yang hadir iaitu Prof. Dato’ Fariza Md Sham, Prof. Dr. Sufian Jusoh, Prof. Ir. Dr. Siti Kartom Kamarudin, Prof. Madya Dr. Zaini Sakawi, Prof. Madya Dr. Goh Choo Ta & Prof. Madya Dr. Rabiah Abdul Kadir. Jutaan terima kasih juga kepada wakil Pengarah Institut serta barisan Ketua Pentadbiran yang memberikan komitmen dalam proses pembangunan Pelan Penggantian Pentadbir Institut. Segala maklum balas dan cadangan akan diteliti oleh pihak Profesional-UKM untuk proses penambahbaikan berterusan.