Bengkel Semakan Buku Profil Pemimpin UKM

Bengkel Semakan Buku Profil Pemimpin UKM telah diadakan pada 4 April 2023. Buku Profil Pemimpin UKM merupakan hasil daripada gabungan penulisan peserta bagi program Pembayangan Pemimpin yang dilaksanakan pada tahun 2022. Insya Allah Profesional-UKM bersama kumpulan editor sedang melaksanakan proses semakan serta memberikan maklum balas kepada semua peserta untuk penambahbaikan penulisan buku profil ini. Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada kumpulan editor atas komitmen yang diberikan sepanjang projek ini dilaksanakan.